Pintu masuk rumah dikuak dari luar. Kakinya pantas melangkah kearah ruang tamu. Briefcase diletak di atas meja kopi dan direbahkan badannya ke atas sofa empuk yang diimport dari Itally itu. Tali lehar direnggangkan sedikit dan butang kemeja dilengan dilepas dan disinsing sampai siku.
“lambat abang balik hari ni?”
Uqasha yang hendak menuju ke dapur,melencongkan langkahnya menuju ke ruang tamu selepas melihat Aqasha terbaring lesu di sofa.
Aqasha bingkas bangkit dari pembaringan dan menguak rambutnya yang terjuntai di dahi sebelum mendongak dan menjawab pertanyaan adiknya sebentar tadi.
“tak tidur lagi? Ermm,abang banyak kerja hari ni,tu pasal lah balik lambat. Mummy dan daddy semua dah tidur ke?”
Uqasha menggeleng kepala mendengar soalan yang keluar dari bibir merah abangnya. Dah pukul 12.30 malam kot? Mestilah dah tidur,dia ni pun…
“abang tak tengok jam dah pukul berapa ke?”
“12.30”
perlahan suaranya, dan matanya tiba-tiba membulat dan kembali merenung jam di tangan.
“dah pukul 12.30?? abang ingat baru pukul 10 malam..padanlah rumah gelap je semua. Ingatkan semua keluar ada event ke hape.”
“tulah,kerja je memanjang sampai lupa dunia.”
Selepas berkata sedemikian,Uqasha terus mendaki anak tangga untuk masuk ke bilik. Di tangannya ada sebuah mug berisi air kosong.
Abang,abang…macam manalah kalau dah kahwin nanti? Silap haribulan bini suruh tidur luar je nanti. Hehehe..
Puas sudah Uqasha mebalik-balikkan tubuhnya,namun matanya masih tidak mahu lelap. Ish apahal tak boleh tidur ni? Tolonglah mata lelaplah cepat. Hmm,kalaulah Iqbal ada kat sini teman aku borak-borak sampai terlena,kan best?
Dah kenapa sangkut paut Iqbal ni? Gila betul!
Uqasha mengelengkan kepala dan mengetuk dahinya sendiri. Cuba menghapus bayangan Iqbal dari mindanya.
“what’s wrong with you? Ketuk kepala sendiri?”
Oit,mahu gugur jantung aku kalau kena sergah malam-malam macam ni. Bengong betul la abang sayang seorang ni! Masuk bilik orang tak reti ketuk pintu,bagi salam ke? Pakai terjah je!
“abang tu yang kenapa? Dah pukul 1 pagi,masuk bilik orang mendadak macam ni! Nasib baik tak jatuh katil tau..”
Uqasha membebel tapi tidak mendatangkan rasa bersalah pada abangnya. Boleh gelak lagi adalah si Aqasha tu. Susah ada adik beradik perangai selamba badak ni. Gumam hati Uqasha.
“abang ada benda nak cakap sikit,esok takut tak sempat, tu yang masuk sini. Tak sangka pulak adik tak tidur lagi.”
Aqasha melangkah perlahan-lahan menuju ke birai katil dan melabuhkan punggungnya di situ.
Uqasha mencebikkan bibirnya. Eleh tahu lah CEO berjaya,sibuk memanjang je kerjanya.
“apanya yang penting sangat tu? Cepatlah cakap.”
“kawan abang dah ada seorang calon untuk adik, jadi dia tanya bila adik nak jumpa calon tu?”
“ouh,pasal tu…”
Uqasha menggaru-garu dagunya sebentar sebelum menyambung katanya.
“esok,waktu lunch dekat starbucks,how?”
“it’s fine with me,lagipun kawan abang cakap budak tu free esok. Memang elok sangatlah tu. Tapi,adik seorang saja tau date dengan dia,kawan abang tak akan masuk campur. Dia Cuma cari dan atur pertemuan je. Adik okey ke pasal tu?”
“that’s great! Adik pun kalau boleh nak pertemuan ni private sikit.”
“ok,nanti abang inform kawan abang suruh dia bagitahu kat calon tu. Tidurlah, good night!”
Aqasha berlalu keluar dari bilik adiknya.
Masuk sahaja ke dalam bilik,Aqasha mencapai gajet Nokia Lumia 800 berwarna biru yang terletak elok di atas katil. Skrin disentuh dan lincah mencari nama Iqbal. Setalah ketemu jarinya menyentuh butang call. Berapa saat kemudian talian bersambung.
“hey,Bal! sorry kacau malam-malam macam ni. Aku just nak inform,yang date adik aku tu on esok tau. Lunch hour di starbucks,tempat biasa lah ya?”
“kacau tu ada la sikit,tapi tak apa lah..member-member….erm,nanti aku bagitahu budak tu. Okay lah,aku nak sambung tidur ni,bye!”
Talian dimatikan. Aik,dia ni mengantuk sangat lah tu sampai tak menyempat aku nak jawab. Iqbal,Iqbal…
“hai,saya Uqasha…awak ni mesti Fareez kan?” tak adalah susah nak cam sebab abang dah tunjuk gambar dia tadi.
“yes,dan awak mesti Uqasha,betul?” Fareez menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai langkah awal untuk berkenalan. Tangannya disambut mesra oleh Uqasha. Hati Fareez sedikit bergetar bila terpandang senyuman manis yang Uqasha berikan.
“nice to meet you.” Ish mamat ni,tak reti-reti nak lepas tangan aku ke? Tahulah aku ni cantik,cun melecun. Masuk bakul angkat sendiri nampaknya!
“oops sorry,” Fareez segera melepaskan genggaman tangannya,malu dengan kertelanjuran diri sendiri.
“dah biasa,” sinis nada Uqasha.
“so,saya dengar awak mencari calon suami,kan? Jadi saya dah lulus untuk penilaian pertama?” direct je mamat ni tanya. Tak ada belok-belok dah.
“first impression awak saya bagi setengah je markah.” Hambar saja bunyinya.
Mamat ni muka dah hensem,kira luluslah. Tapi kalau tengok perangai,macam suka mengongkong dan mendesak je gayanya. Tapi tak apa,mat saleh kata don’t judge book by it’s cover. Aku boleh kenal-kenal dulu dengan dia dalam masa seminggu.
“setengah? Why?” dahi Fareez berkerut. Buta ke hape minah ni? Aku sikit punya segak dan bergaya hari ni dia bagi setengah markah je? Tak Nampak ke muka aku yang kacak macam Joo Ji Hoon,hero drama korea Princess Hour tu?? Buta hati betul lah!
“entah lah,tapi kita masih ada tempoh seminggu untuk bersama kan? Ada banyak masa lagi untuk berkenalan.” Uqasha cuba menceriakan suasana yang tegang sebentar tadi.
“lebih kurang,kalau awak berjaya buat saya terpaut,awak dikira lulus bagi saya. Tetapi,awak mesti juga lulus di mata daddy,mummy dan abang saya selepas itu. Kalau mereka tak suka awak,kita putus dengan rasminya. Awak sanggup terima cabaran ni?”
“why not? Saya akan buktikan pada awak.” Kau tak kenal lagi dengan jejaka terhangat Malaya ni Uqasha,tengok lah. Aku akan buat kan kau melutut pada aku dalam 7 hari ni.
Senyuman yang banyak maksud tersirat dilemparkan oleh Fareez.
Ish,mamat ni macam scary je aku tengok. Ya Allah, kau lindungilah aku sepanjang 7 hari aku bersama dengan dia ni.
No comments:
Post a Comment