Thursday, 26 January 2012

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 1


“adik,sekarang umur adik berapa?”
“15,why?”
“maknanya,lagi 5 tahun,genap 20 lah kan?”
“yes,kenapa ni? Pelik je.”
“kalau adik 20,makna kata abang akan berumur 27 tahun,right?”
“abang ni dah kenapa? Putus fius ke tanya soalan tak mencabar minda ni semua.”
“kita buat deal nak tak dik?”
“deal? What kind?”
“like this,bila adik genap 20 tahun,adik kena carikan abang calon isteri dan, dalam masa yang sama juga abang akan carikan calon suami yang tip top untuk adik. How?”
“you got to be kidding me right?”
“no,I’m dead serious! Adik juga cakap dulu nak bercinta lepas kahwin kan? Dan adik juga cakap nak jodoh pilihan family,betul? Jadi ini lah plan nya..”
“ok,deal! 5 tahun dari sekarang kita akan mula kan misi yang bernama ISTERI UNTUK ABANG,SUAMI UNTUK ADIK”
“good girl.”
“tapi,ada syarat tau!”
“apa-apa saja,abang akan turutkan.”
“bagus,syarat dia mudah je..setiap calon yang abang kemukakan wajib kena interview dengan adik dulu,boleh?”
“no hal la,dan begitu juga dengan calon abang ye?”
“ok”


“Assalamualaikum adik,selamat pagi!”
“Wassalam,selamat pagi juga. Abang Nampak ceria semacam je pagi ni,menang loteri ea?”
“ish,haram tu!”
“adik gurau la..cerita lah,apasal happy je ni,hmm?”
“adik tak ingat hari ni berapa hari bulan?”
“17 Mei 2011,kenapa?”
“hari jadi adik bila?”
“17 Mei…..astaghfirullah,adik lupa hari nih birthday adik! Hahhaha…so,mana present nya?”
“presentnya very soon..”
“maksudnya?”
“adik,dah lupa ke deal kita 5 tahun lepas?”
“hahahaha…mestilah tak lupa misi pra-matang abang tu. Adik saja je usik abang. Jadi bila nak mula operasi?”
“amboi,semangat berkobar-kobar! Bagus-bagus. Kita mulakan pagi ni jugak,ok?”
“no biggie…abang pun kena beroperasi jugak tau. Adik pun nak kahwin,hehe”
“miang! Hahaha” kepala Uqasha, diketuk perlahan oleh abangnya, Aqasha.


“Bal,aku nak minta kerjasama dan jasa baik kau boleh?” bahu Iqbal rakan karibnya ditepuk perlahan. Spontan Iqbal mendongakkan kepalanya dan tersenyum.
“haish,tak pernah-pernah CEO pagi-pagi datang lepak kat bilik aku ni. Siap minta tolong lagi,dah kenapa?” Iqbal cuba mengusik.
Aqasha tersenyum lebar mendengar sindiran halus Iqbal itu.
“eleh,ngejek lah tu. Hahaha…tak ada aku nak buat tawaran kerja untuk kau ni. Kerja dia senang je,dan aku akan bayar kau RM 5O Ribu,kau nak?”
“woo,kau nak aku bunuh orang ke yang macam drama petang-petang yang mummy kau selalu tengok tu? Sorry lah bro,walaupun kerja eksekutif kat company family kau ni gaji tak banyak,aku lebih rela makin duit yang sikit tu daripada aku makan duit haram. Minta simpang bro!”


“ish kau ni mulut macam mummy aku lah! Orang belum explain dia dah bagi berdas-das. Dengar lah dulu. Jadah apa aku nak suruh kau bunuh orang,buat dosa je. Aku nak bagi kau pahala lagi adalah.”
“eh,bukan macam tu ke? Hahha..ok lah, apanya kerja yang mulia lagi berpahala kau tu? Kalau aku mampu,aku tolong lah.”
“ha macam tu lah member.” Aqasha pamer gigi yang tersusun rapi.
Dia membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa untuk berbincang. Dia mula bercerita tentang perjanjian dia dan Uqasha,adiknya 5 tahun lalu kepada Iqbal. Iqbal tekun mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Aqasha.


“so, sekarang ni kau nak aku berhenti buat sementara waktu daripada posisi eksekutif ni dan bantu kau carikan calon untuk adik kau,macam tu?” Iqbal merumuskan.
“tepat sekali.”
“tapi,kenapa tak kau je yang carikan? Kan senang,tak perlu lah susahkan aku.”
“aku busy la Bal,sejak take over company daddy aku ni. “
“oklah aku setuju,tapi kau kena pas kan semua info pasal adik kau. Apa yang dia suka dan benci. Lelaki idaman dia mcam mana,etc.”
“ouh pasal tu semua dah ready,nah.” Aqash menyerahkan semua data yang diperlukan ke tangan Iqbal.
“gua percaya lu bro.” Iqbal mengangguk kan kepalanya. Bersedia untuk menjalankan amanah.
“so,aku gerak dulu lah ye.” Aqasha membenarkan dan tersenyum.





“Morning kak balqis!” Uqasha menyapa Balqis,kakak angkatnya merangkap sahabat baik dengan riang.
“morning sweety,awal datang? Tak ada kelas ke pagi ni?” Balqis tersenyum riang menyambut kedatangan adik kesayangannya itu ke kedai bunganya ini.
“hari ni class Sha cancel last minute. Wah,freshnya rasa bila hidu bau harum bunga kat kedai akak ni. Rasa makin happy je. Hahaha.”
“makin happy? Maknanya dari tadi mood memang happy lah? Tak mahu share dengan akak ke?”
“ala kak Balqis ni,orang datang sini memang nak story mory dengan akak lah. Hehe.”
“ok,cerita lah.”


Uqasha membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa untuk bercerita. Dia mula menceritakan tentang perjanjian dia dan Aqasha,abangnya 5 tahun lalu kepada Balqis. Balqis tekun mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Uqasha.

“so, sekarang ni Sha nak akak bantu Sha untuk cari calon isteri untuk abang Sha tu lah ye?” Balqis membuat kesimpulan.
“tepat sekali.”
“tapi,kenapa tak Sha je yang carikan? Kan senang,tak perlu lah susahkan akak.”
“Sha busy la kak,sejak masuk semester baru ni. “
“oklah akak sudi bantu Sha,tapi Sha kena past kan semua info pasal abang Sha pada akak.Apa yang dia suka dan benci. Wanita idaman dia mcam mana,etc.”
“ouh pasal tu semua dah ready,nah.” Uqasha menyerahkan semua data yang diperlukan ke tangan Balqis.
“Sha percayakan akak tau.” Balqis mengangguk kan kepalanya. Bersedia untuk menjalankan amanah.
“so,akak gerak dulu lah ye.” Uqasha membenarkan dan tersenyum.




"mummy,abang dah balik office?"
 Uqasha menyapa Puan Sri Isabella. Tangannya dilingkarkan dia atas bahu mummy.
"dah,ada dekat dalam biliknya tu." Terang Puan Sri.


“ouh,ok lah mummy adik nak jumpa abang sekejap ye. Muah!” kucupan sayang dilekatkan di pipi mummy.
“pergilah,mummy nak tengok daddy sekejap kat bilik bacaan tu. Dari tadi tak keluar-keluar.” Luah mummy dan berjalan laju menaiki anak tangga untuk ke bilik bacaan daddy di tingkat atas.


“abang,boleh adik masuk?” tanya Uqasha manja.
“dah terjengul kepala tu baru nak minta izin ya? Masuklah adikku manja."
“ala,abang ni macam tak biasa. Hehe..”
“abang tak marah pun lah. Alang-alang adik dah ada ni,abang nak cakap sikit pasal misi kita tu.”
“really? Kebetulan pulak,adik pun nak cakap benda yang sama lah dekat abang.”
“ok,adik dulu cerita.”

Uqasha membuka cerita tentang dirinya yang meminta bantuan kak Balqis untuk menjayakan misi mereka berdua. Aqasha tenang saja mendengar butir bicara adiknya sambil tersengih-sengih.

“ouh,kebetulan lagi,abang pun minta tolong kawan abang Iqbal tu benda yang sama juga. Dan abang janji nak bayar dia 50 ribu kalau dia berjaya."

“adik pun ingat nak bagi ganjaran lah kalau kak Balqis Berjaya nanti. Segan pulak kalau tak bagi,dia yang penat buat kerja kan?” luah Uqasha.
“memang patut bagi pun.” Mereka berdua tergelak.





No comments:

Post a Comment