Thursday, 26 January 2012

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 3

“Uqasha,Sha. Cantik nama dia macam tuan dia jugak comel.” Iqbal cakap dengan diri sendiri.

“Bal,bukak pintu ni kejap nak.” Pintu bilik Iqbal diketuk dari luar.

“ya,sekejap ma.” Pintu bilik dibuka dari dalam.

“Iqbal,mama nak cakap sikit boleh?”

“sejak bila mama kena minta izin nak cakap dengan Bal?”


Puan Sara tersenyum manis mendengar kata Iqbal. Memang sebelum ini,hubungannya dengan anak teruna kesayangannya ini sangat rapat dan mesra. Iqbal juga seorang yang suka berkongsi 
rahsianya dengan mamanya itu. Anak mak.


“nothing,Cuma mama pelik kenapa Iqbal sekarang mama tengok asyik melangut kat rumah je? Tak pergi office ke?” Puan Sara begitu mengambil berat.

“ma,actually I have something to share with you.”

“anything,Iqbal. Mama akan sentiasa mendengar. Cerita lah.”

“kita duduk kat taman bunga mama ya?”

“ok,Iqbal tunggu mama kat sana. Mama buat air untuk kita minum sambil bersembang ya.”

“thanks ma.” Iqbal tersenyum manis. 


Puan Sara menepuk perlahan pipi kiri Iqbal. Kasih nya hanya tertumpah buat Iqbal seorang selepas kematian suaminya beberapa tahun yang lepas.


“apa cerita yang Iqbal nak share tu?” Puan Sara bertanya selepas menghidangkan minuman sejuk di atas meja kayu dihadapan mereka.

“mama nak dengar cerita pasal Iqbal tak kerja atau pasal cinta dulu?”

“kenapa Iqbal tak masuk kerja,first.”

“sebenarnya,Aqasha minta Bal tolong dia carikan calon suami untuk adik dia. Jadi,dia suruh Bal cuti buat sementara waktu untuk focus tentang misi nak cari jodoh untuk adik dia tu.”

“ouh macam tu rupanya. Mama tak kisah sangat,janji Bal pandai jaga diri,dan tak buat benda yang bukan-bukan. Mama sentiasa percayakan Iqbal. Tapi,kalau boleh mama tahu,siapa nama adik Aqasha tu? Mama tak tahu pulak selama ini dia ada adik perempuan.”

“Iqbal pun tak tahu nama dia,infact Iqbal baru tahu Aqasha ada adik. Lagipun,sepanjang Iqbal kawan dengan dia,dia jarang nak bercerita hal family semua ni jadi,Bal malaslah nak sibuk tanya hal keluarga dia.”

“Aqasha tu boleh tahan kacak jugak mama tengok,mesti adik dia pun cantik juga kan? Iqbal tak nak try offer diri jadi calon suami ke?”

“tak nak lah,lagipun hati Bal dah kena curi siang tadi.”

“curi? Siapa gadis yang bertuah tu?”

“nama dia Uqasha. Iqbal pun dah dapat number phone dia,ni kad dia. Senang lah kerja Iqbal lepas ni untuk dapatkan menantu untuk mama.”

“mama tak kisah,janji bakal menantu mama tu baik dan hormat orang tua perangainya. Itu pun dah cukup.”


Anak beranak itu terus bersembang sehingga tak sedar hari sudah senja. Sekali sekala borak panjang macam ni buat mereka tak sedar masa berlalu dengan pantas.


Uqasha kehulu kehilir sendiri dalam bilik tidurnya sambil sesekali melihat skrin Iphone 4s yang diletakkan di atas meja solek.

‘ish mana Iqbal ni,tak call pun dari tadi. Cepatlah call,please! Aku dah la tak ada nombor dia,dia tak bagi pun tadi. Aku je yang lebih,entah dia pun menyampah dengan perangai gedik aku ni.’

Uqasha membebel sendirian sambil tangannya memusing-musingkan gajet yang berwarna biru itu.

‘bila aku jatuh cinta,kan ku sebut nama mu…
Kan ku tulis kan lagumu..
Akan ku katakana kata-kata indah..’

“ouh mak aku cinta Iqbal!”

 Uqasha melatah dan spontan mencampak telefonnya ke atas katil,terkejut bila telefonnya tiba bordering menandakan ada panggilan masuk.

Telefon bimbit yang dilempar tadi dicapai dan skrin di sentuh untuk menjawab panggilan.

“hello,siapa ni?”

“Sha,Iqbal ni.”

“ouh Iqbal,lamanya saya tunggu awak call. Berjanggut saya tu.” 

Alamak! Terlepas cakap lah pulak. Aduh,macam mana nak cover ni yang Iqbal gelak pulak pesal? Buat aku double malu je.

“errr….”

“awak ni cute la,saya suka.” Uqasha tersenyum lebar mendengar kata-kata itu.

“suka yang macam mana?” Uqasha cuba mengorek hati Iqbal.

“rahsia.” Citt..hilang terus senyumannya tadi tapi,digantikan dengan cebikan di bibir.

Bukan nak cakap ‘saya jatuh cinta pandang pertama dekat awak ke hape,tapi rahsia.’ Uqasha membebel di dalam hati.

No comments:

Post a Comment