Friday, 3 February 2012

facebook code chat 2

[[249199828481201]] - Konata Izumi
[[250128751720149]] - Domo Kun
[[223328504409723]] - Gintoki Sakata
[[236147243124900]] - Pokeball
[[326134990738733]] - Pikachu
[[155393057897143]] - Doraemon 
[[224502284290679]] - Nobita
[[144685078974802]] - Mojacko
[[334954663181745]] - Spongebob
[[196431117116365]] - Shin chan
[[148935948523684]] - Pedo Bear
[[269153023141273]] - Poring
[[332936966718584]] - Hello Kitty
[[252497564817075]] - Kerokeroppi
[[297354436976262]] - Santa Claus
[[157680577671754]] - Angry Bird

Letters:

[[196920740401785]] - A
[[113544575430999]] - B
[[294715893904555]] - C
[[294660140569858]] - D
[[328415510520892]] - E 
[[270221906368791]] - F
[[288138264570038]] - G
[[205633882856736]] - H
[[256255337773105]] - I
[[288138264570038]] - J
[[296999947008863]] - K
[[216672855078917]] - L
[[278786215503631]] - M
[[241341589270741]] - N
[[312524205448755]] - O
[[200138403410055]] - P
[[165410113558613]] - Q
[[203403609746433]] - R
[[334427926570136]] - S
[[250632158335643]] - T
[[285985351447161]] - U
[[343627398996642]] - V
[[315740851791114]] - W
[[136342506479536]] - X
[[224173507657194]] - Y
[[317710424919150]] - Z


trollololol emoticon . copy and paste the code on your chat box to use it :)

[[171108522930776]]
[[164413893600463]]
[[218595638164996]]
[[189637151067601]]
[[129627277060203]]
[[227644903931785]]
[[100002752520227]]
[[105387672833401]]
[[100002727365206]]
[[224812970902314]]

[[ForeverAloneComics]] ForeverAlone
[[MeGustaMeme]] Megusta
[[164413893600463]] Megusta 2
[[149333368464171]] YaoMing
[[116616581692281]] TROLL Face
[[145768898802324]] FUUUUUs
[[168456309878025]] LOL
[[189637151067601]] LOL 2
[[FapFapFap.B]] FAPFAP
[[106043532814443]] Y U NO
[[214457085240151]] Nothing to do here
[[129627277060203]] Poker faces
[[160723207280093]] You Fucking kidding me?
[[ChallengeAcceptado]] Challenge accepted
[[100002752520227]] Okay
[[105387672833401]] Fuck Yeah
[[224812970902314]] Derp
[[192644604154319]] derpina
[[170815706323196]] Cereal guy
[[142670085793927]] Mother of God
[[168040846586189]] Feel like a sir

Thursday, 26 January 2012

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 4

Pintu masuk rumah dikuak dari luar. Kakinya pantas melangkah kearah ruang tamu. Briefcase diletak di atas meja kopi dan direbahkan badannya ke atas sofa empuk yang diimport dari Itally itu. Tali lehar direnggangkan sedikit dan butang kemeja dilengan dilepas dan disinsing sampai siku.

“lambat abang balik hari ni?”

Uqasha yang hendak menuju ke dapur,melencongkan langkahnya menuju ke ruang tamu selepas melihat Aqasha terbaring lesu di sofa.

Aqasha bingkas bangkit dari pembaringan dan menguak rambutnya yang terjuntai di dahi sebelum mendongak dan menjawab pertanyaan adiknya sebentar tadi.

“tak tidur lagi? Ermm,abang banyak kerja hari ni,tu pasal lah balik lambat. Mummy dan daddy semua dah tidur ke?”

Uqasha menggeleng kepala mendengar soalan yang keluar dari bibir merah abangnya. Dah pukul 12.30 malam kot? Mestilah dah tidur,dia ni pun…

“abang tak tengok jam dah pukul berapa ke?”

“12.30” 

perlahan suaranya, dan matanya tiba-tiba membulat dan kembali merenung jam di tangan.

“dah pukul 12.30?? abang ingat baru pukul 10 malam..padanlah rumah gelap je semua. Ingatkan semua keluar ada event ke hape.”

“tulah,kerja je memanjang sampai lupa dunia.”

Selepas berkata sedemikian,Uqasha terus mendaki anak tangga untuk masuk ke bilik. Di tangannya ada sebuah mug berisi air kosong. 

Abang,abang…macam manalah kalau dah kahwin nanti? Silap haribulan bini suruh tidur luar je nanti. Hehehe..

Puas sudah Uqasha mebalik-balikkan tubuhnya,namun matanya masih tidak mahu lelap. Ish apahal tak boleh tidur ni? Tolonglah mata lelaplah cepat. Hmm,kalaulah Iqbal ada kat sini teman aku borak-borak sampai terlena,kan best?

Dah kenapa sangkut paut Iqbal ni? Gila betul!
Uqasha mengelengkan kepala dan mengetuk dahinya sendiri. Cuba menghapus bayangan Iqbal dari mindanya.


“what’s wrong with you? Ketuk kepala sendiri?”

Oit,mahu gugur jantung aku kalau kena sergah malam-malam macam ni. Bengong betul la abang sayang seorang ni! Masuk bilik orang tak reti ketuk pintu,bagi salam ke? Pakai terjah je!

“abang tu yang kenapa? Dah pukul 1 pagi,masuk bilik orang mendadak macam ni! Nasib baik tak jatuh katil tau..”

Uqasha membebel tapi tidak mendatangkan rasa bersalah pada abangnya. Boleh gelak lagi adalah si Aqasha tu. Susah ada adik beradik perangai selamba badak ni. Gumam hati Uqasha.

“abang ada benda nak cakap sikit,esok takut tak sempat, tu yang masuk sini. Tak sangka pulak adik tak tidur lagi.” 

Aqasha melangkah perlahan-lahan menuju ke birai katil dan melabuhkan punggungnya di situ.
Uqasha mencebikkan bibirnya. Eleh tahu lah CEO berjaya,sibuk memanjang je kerjanya.

“apanya yang penting sangat tu? Cepatlah cakap.”

“kawan abang dah ada seorang calon untuk adik, jadi dia tanya bila adik nak jumpa calon tu?”

“ouh,pasal tu…” 

Uqasha menggaru-garu dagunya sebentar sebelum menyambung katanya.

“esok,waktu lunch dekat starbucks,how?”

“it’s fine with me,lagipun kawan abang cakap budak tu free esok. Memang elok sangatlah tu. Tapi,adik seorang saja tau date dengan dia,kawan abang tak akan masuk campur. Dia Cuma cari dan atur pertemuan je. Adik okey ke pasal tu?”

“that’s great! Adik pun kalau boleh nak pertemuan ni private sikit.”

“ok,nanti abang inform kawan abang suruh dia bagitahu kat calon tu. Tidurlah, good night!”

Aqasha berlalu keluar dari bilik adiknya.



Masuk sahaja ke dalam bilik,Aqasha mencapai gajet Nokia Lumia 800 berwarna biru yang terletak elok di atas katil. Skrin disentuh dan lincah mencari nama Iqbal. Setalah ketemu jarinya menyentuh butang call. Berapa saat kemudian talian bersambung.

“hey,Bal! sorry kacau malam-malam macam ni. Aku just nak inform,yang date adik aku tu on esok tau. Lunch hour di starbucks,tempat biasa lah ya?”

“kacau tu ada la sikit,tapi tak apa lah..member-member….erm,nanti aku bagitahu budak tu. Okay lah,aku nak sambung tidur ni,bye!”

Talian dimatikan. Aik,dia ni mengantuk sangat lah tu sampai tak menyempat aku nak jawab. Iqbal,Iqbal…


“hai,saya Uqasha…awak ni mesti Fareez kan?” tak adalah susah nak cam sebab abang dah tunjuk gambar dia tadi.

“yes,dan awak mesti Uqasha,betul?” Fareez menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai langkah awal untuk berkenalan. Tangannya disambut mesra oleh Uqasha. Hati Fareez sedikit bergetar bila terpandang senyuman manis yang Uqasha berikan.

“nice to meet you.” Ish mamat ni,tak reti-reti nak lepas tangan aku ke? Tahulah aku ni cantik,cun melecun. Masuk bakul angkat sendiri nampaknya!

“oops sorry,” Fareez segera melepaskan genggaman tangannya,malu dengan kertelanjuran diri sendiri.

“dah biasa,” sinis nada Uqasha.


“so,saya dengar awak mencari calon suami,kan? Jadi saya dah lulus untuk penilaian pertama?” direct je mamat ni tanya. Tak ada belok-belok dah.

“first impression awak saya bagi setengah je markah.” Hambar saja bunyinya.

Mamat ni muka dah hensem,kira luluslah. Tapi kalau tengok perangai,macam suka mengongkong dan mendesak je gayanya. Tapi tak apa,mat saleh kata don’t judge book by it’s cover. Aku boleh kenal-kenal dulu dengan dia dalam masa seminggu.

“setengah? Why?” dahi Fareez berkerut. Buta ke hape minah ni? Aku sikit punya segak dan bergaya hari ni dia bagi setengah markah je? Tak Nampak ke muka aku yang kacak macam Joo Ji Hoon,hero drama korea Princess Hour tu?? Buta hati betul lah!

“entah lah,tapi kita masih ada tempoh seminggu untuk bersama kan? Ada banyak masa lagi untuk berkenalan.” Uqasha cuba menceriakan suasana yang tegang sebentar tadi.

 “jadi kita kira macam pasangan bercintalah dalam masa seminggu tu? Itu maksud awak?” Fareez menjungkit keningnya yang lebat kehitaman itu sedikit.

“lebih kurang,kalau awak berjaya buat saya terpaut,awak dikira lulus bagi saya. Tetapi,awak mesti juga lulus di mata daddy,mummy dan abang saya selepas itu. Kalau mereka tak suka awak,kita putus dengan rasminya. Awak sanggup terima cabaran ni?”

“why not? Saya akan buktikan pada awak.” Kau tak kenal lagi dengan jejaka terhangat Malaya ni Uqasha,tengok lah. Aku akan buat kan kau melutut pada aku dalam 7 hari  ni.

Senyuman yang banyak maksud tersirat dilemparkan oleh Fareez.

Ish,mamat ni macam scary je aku tengok. Ya Allah, kau lindungilah aku sepanjang 7 hari aku bersama dengan dia ni.

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 3

“Uqasha,Sha. Cantik nama dia macam tuan dia jugak comel.” Iqbal cakap dengan diri sendiri.

“Bal,bukak pintu ni kejap nak.” Pintu bilik Iqbal diketuk dari luar.

“ya,sekejap ma.” Pintu bilik dibuka dari dalam.

“Iqbal,mama nak cakap sikit boleh?”

“sejak bila mama kena minta izin nak cakap dengan Bal?”


Puan Sara tersenyum manis mendengar kata Iqbal. Memang sebelum ini,hubungannya dengan anak teruna kesayangannya ini sangat rapat dan mesra. Iqbal juga seorang yang suka berkongsi 
rahsianya dengan mamanya itu. Anak mak.


“nothing,Cuma mama pelik kenapa Iqbal sekarang mama tengok asyik melangut kat rumah je? Tak pergi office ke?” Puan Sara begitu mengambil berat.

“ma,actually I have something to share with you.”

“anything,Iqbal. Mama akan sentiasa mendengar. Cerita lah.”

“kita duduk kat taman bunga mama ya?”

“ok,Iqbal tunggu mama kat sana. Mama buat air untuk kita minum sambil bersembang ya.”

“thanks ma.” Iqbal tersenyum manis. 


Puan Sara menepuk perlahan pipi kiri Iqbal. Kasih nya hanya tertumpah buat Iqbal seorang selepas kematian suaminya beberapa tahun yang lepas.


“apa cerita yang Iqbal nak share tu?” Puan Sara bertanya selepas menghidangkan minuman sejuk di atas meja kayu dihadapan mereka.

“mama nak dengar cerita pasal Iqbal tak kerja atau pasal cinta dulu?”

“kenapa Iqbal tak masuk kerja,first.”

“sebenarnya,Aqasha minta Bal tolong dia carikan calon suami untuk adik dia. Jadi,dia suruh Bal cuti buat sementara waktu untuk focus tentang misi nak cari jodoh untuk adik dia tu.”

“ouh macam tu rupanya. Mama tak kisah sangat,janji Bal pandai jaga diri,dan tak buat benda yang bukan-bukan. Mama sentiasa percayakan Iqbal. Tapi,kalau boleh mama tahu,siapa nama adik Aqasha tu? Mama tak tahu pulak selama ini dia ada adik perempuan.”

“Iqbal pun tak tahu nama dia,infact Iqbal baru tahu Aqasha ada adik. Lagipun,sepanjang Iqbal kawan dengan dia,dia jarang nak bercerita hal family semua ni jadi,Bal malaslah nak sibuk tanya hal keluarga dia.”

“Aqasha tu boleh tahan kacak jugak mama tengok,mesti adik dia pun cantik juga kan? Iqbal tak nak try offer diri jadi calon suami ke?”

“tak nak lah,lagipun hati Bal dah kena curi siang tadi.”

“curi? Siapa gadis yang bertuah tu?”

“nama dia Uqasha. Iqbal pun dah dapat number phone dia,ni kad dia. Senang lah kerja Iqbal lepas ni untuk dapatkan menantu untuk mama.”

“mama tak kisah,janji bakal menantu mama tu baik dan hormat orang tua perangainya. Itu pun dah cukup.”


Anak beranak itu terus bersembang sehingga tak sedar hari sudah senja. Sekali sekala borak panjang macam ni buat mereka tak sedar masa berlalu dengan pantas.


Uqasha kehulu kehilir sendiri dalam bilik tidurnya sambil sesekali melihat skrin Iphone 4s yang diletakkan di atas meja solek.

‘ish mana Iqbal ni,tak call pun dari tadi. Cepatlah call,please! Aku dah la tak ada nombor dia,dia tak bagi pun tadi. Aku je yang lebih,entah dia pun menyampah dengan perangai gedik aku ni.’

Uqasha membebel sendirian sambil tangannya memusing-musingkan gajet yang berwarna biru itu.

‘bila aku jatuh cinta,kan ku sebut nama mu…
Kan ku tulis kan lagumu..
Akan ku katakana kata-kata indah..’

“ouh mak aku cinta Iqbal!”

 Uqasha melatah dan spontan mencampak telefonnya ke atas katil,terkejut bila telefonnya tiba bordering menandakan ada panggilan masuk.

Telefon bimbit yang dilempar tadi dicapai dan skrin di sentuh untuk menjawab panggilan.

“hello,siapa ni?”

“Sha,Iqbal ni.”

“ouh Iqbal,lamanya saya tunggu awak call. Berjanggut saya tu.” 

Alamak! Terlepas cakap lah pulak. Aduh,macam mana nak cover ni yang Iqbal gelak pulak pesal? Buat aku double malu je.

“errr….”

“awak ni cute la,saya suka.” Uqasha tersenyum lebar mendengar kata-kata itu.

“suka yang macam mana?” Uqasha cuba mengorek hati Iqbal.

“rahsia.” Citt..hilang terus senyumannya tadi tapi,digantikan dengan cebikan di bibir.

Bukan nak cakap ‘saya jatuh cinta pandang pertama dekat awak ke hape,tapi rahsia.’ Uqasha membebel di dalam hati.

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 2

‘sesiapa LELAKI yang berumur 25 tahun sehingga 30 tahun,masih bujang,ada kerjaya tetap,kewangan yang kukuh dan advance dalam agama, boleh la PM aku dan isi borang! Muehehehe…. =p’

Butang share di wall facebook itu diklik. Berapa saat kemudian ada beberapa rakan fb yang member respon.

‘kau,nak kahwin ke? Tapi asal lelaki yang kau cari? Kembali ke pangkal jalan bro..hahahhaha’

‘ala,ingat kan u nak cari girl macam I, kalau tak I dah isi borang dah untuk u. =(‘

‘ciri-ciri kat atas tu semua aku ada bro hahaha’

Itu semua di antara respon yang Iqbal dapat daripada statusnya sebentar tadi. Iqbal tersenyum dan menggeleng kepala di hadapan laptop membaca komen-komen itu semua.

‘woi,aku masih ada nafsu dengan wanita bro,x ada maknanya nak songsang segala. Hahaha’

‘kalau I nak cari girl pun,I rasa girl tu bukan u kot,sorry! =)’

‘kalau macam tu kita arrange appointment boleh? Kau PM aku number phone kau.’

Iqbal membalas setiap komen rakan-rakannya tadi. Calon pertama,here I come!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Button publish di klik dan serta merta entrynya di postkan di dalam blog personal dia. 

Kalau korang nak tahu Balqis ni blogger famous de amos tau kat Malaysia ni saing-saing dengan Fatin Liyana jugak lah dia. Almaklumlah orang cantik,mesti ramai follower dan peminat. Hehehe.

Tak sampai 5 minit,hampir 100 komen yang Balqis dapat. 

Tengok betapa pastasnya feedback yang dia dapat. Kan dah cakap tadi,Balqis ni memang ramai pengikut,hamper 40 ribu tau! Itu baru kat blog blum kira yang kat fan page. Mahu cecah 200 ribu orang woo..

‘permulaan yang bagus Balqis!’ puji diri sendiri.

‘Aha, gotcha!’ Balqis terjerit kecil. Lantas Samsung Galaxy S2 berwarna hitam di sisi katil dicapai. Nombor Uqasha didail.

“hello kak Bal,what’s up?”
“guess what pretty girl,I dah dapat calon yang pertama!” 

Balqis menjerit riang. Bunyi makin bingit bila bergabung dengan teriakan teruja dari Uqasha.

“adik,asal screaming like hell ni?” 

Aqasha menerjah masuk bilik adiknya. Gila tak terkejut dengar suara nyaring Uqasha masa lintas depan pintu bilik dia ni. Mahu mati kejung aku.


“abang,adik dapat wife untuk abang!!!” 

sekali lagi rumah mewah itu bingit dengan suara Uqasha.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“morning bro! I got great news untuk kau this morning!” 

rojak betul bahasa mamat Iqbal ni. Bahasa jiwa bangsa bro. hahaha..
“tell yeah,” 

kepala dipanggung melihat wajah kacukan korea Britain Iqbal. Kacak,kalau buat adik ipar ok gak nih.

“aku dah ada calon untuk adik kau, so bila nak interview?”

“really?that’s great man!” bibir terlukis senyuman riang.

“bila nak atur masa ni? Aku dah tak sabar nak tunjuk kat adik kau.”

“very soon. Nanti aku confirmkan dengan Sha,bila dia kata yes, kita proceed.” Putus Aqasha.

“ok lah kalau macam tu,aku balik dulu.”

“oit kau tak kerja je?”

“bukan kau pecat aku sementara waktu ke?” kening double jerk dia angkat.

“ouh ea?” kepala yang tak gatal digaru. Senyuman kambing diukir.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


“hello,famous blogger yang hot? How’re you doing today?” pinggang Balqis dicuit mengejut.

“ouh Balqis memang hot!” Balqis melatah.

“Ish budak kecik ni saja tau,aku picit-picit bagi kemek baru tahu. Tak padan dengan badan kenit,suka usik orang” marah balqis. 

Mukanya merah menahan geram.

“ala akak ni cute lah melatah diri sendiri hot. Nasib baik memang cun melecun,kalau tak Sha gelakkan akak tujuh keturunan, You know? Hahahaha” Uqasha mengekek ketawa.

“dah lah ketawa tu,customer aka tengok lah. Erm,ni nak belanja akak lunch ke?”

“ala kenapa pulak Sha yang treat akak,akak lah yang belanja Sha.”

“tahu sangat dengan perangai Sha ni. Akak saja je usik,itu pun nak muncung,tak cute okey buat macam tu. Tunggu sekejap,akak kemas kaunter ni dulu ya?”

“hurry up okey,kak Balqis.”

“one sec,honey.” Sempat lagi Balqis kenyit mata nakal pada Uqasha.

“gedik lah akak” 

meletus ketawa kecil dari bibir mungil Uqasha melihat perangai gila-gila Balqis itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ya Allah!”

habis blouse ungu berbunga kecil bewarna pink Uqasha basah disiram dengan air hot chocolate mamat galah kat depan dia ni.

“Sha,kenapa ni?” 

Balqis yang baru keluar dari ladies terkejut melihat keadaan baju Uqasha yang basah itu.

“this guy terlanggar Sha,habis rosak blouse yang abang bagi ni.” Uqasha macam nak nanges.

“eh Miss,I’m really sorry. I tak perasan you ada kat belakang I. tapi, you don’t worry,alang-alang kita kat Mid Valley ni, I belikan you baju baru,boleh?” Iqbal mencadang.

Balqis menjungkitkan keningnya pada Uqasha. Lantas,mereka mendongak menatap wajah tampan Iqbal yang tinggi lampai itu. 

Mereka menganggukkan kepala serentak setuju dengan cadangan Iqbal.

“great choice ladies,so shall we?” Iqbal tayang gigi yang cantik tersusun rapi.

“jom” Sha menjawab.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“thanks ya,Mr……”

“Iqbal.”

“Mr Iqbal,nice name. anyway, thanks again belanja saya hari ni.” Uqasha tersenyum manis.

Orang berbudi,kita kenalah berbahasa kan? Lagipun,Iqbal bukan setakat belanja baju unuk Uqasha je,Balqis pun sekali harung dia belanja. Bukan itu sahaja,siap ajak lunch sekali tu. Jimat duit kak Balqis hari tu. Balqis pun apa lagi,senyum memanjang je lah dia orang belanja.

“nama saya awak dah tahu,nama awak saya tak tahu lagi.”

“ouh,sorry. Saya Uqasha,just call me Sha je, and this is my dearest sister merangkap bestie saya,Balqis.”

“hye” Balqis tersenyum.

“can I have your number Sha? Maybe kita boleh jadi kawan.” Muka Iqbal penuh pengharapan.

“sure! Why not kita tambah kenalan,this is my card. Senang-senang,call lah ye?”

“ofcourse,I memang tengah banyak masa sekarang ni. Hehe..” 

mana tak nya,Aqasha dah bagi dia cuti panjang. Hahahha.

“ok lah,we all gerak dulu ya? Bye!”

“take care.”

Mereka pun membawa haluan masing-masing keluar dari shopping mall itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Sha,hensemkan kan Iqbal tu tadi.” Balqis menggiat Uqasha untuk berbicara pasal Iqbal.

“boleh tahan la. Tapi,mesti dah ada awek kan,Sha baru ingat nak interview dia jadi calon suami.”

“ada jodoh ada la tu,”

“betul tu,Sha sokong akak.”

Enjin kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih metalik itu dihidupkan oleh Uqasha. Pedal minyak ditekan,dan keretanya meluncur laju meninggalkan parking lot Mid Valley Mega Mall itu.

ISTERI UNTUK ABANG , SUAMI UNTUK ADIK part 1


“adik,sekarang umur adik berapa?”
“15,why?”
“maknanya,lagi 5 tahun,genap 20 lah kan?”
“yes,kenapa ni? Pelik je.”
“kalau adik 20,makna kata abang akan berumur 27 tahun,right?”
“abang ni dah kenapa? Putus fius ke tanya soalan tak mencabar minda ni semua.”
“kita buat deal nak tak dik?”
“deal? What kind?”
“like this,bila adik genap 20 tahun,adik kena carikan abang calon isteri dan, dalam masa yang sama juga abang akan carikan calon suami yang tip top untuk adik. How?”
“you got to be kidding me right?”
“no,I’m dead serious! Adik juga cakap dulu nak bercinta lepas kahwin kan? Dan adik juga cakap nak jodoh pilihan family,betul? Jadi ini lah plan nya..”
“ok,deal! 5 tahun dari sekarang kita akan mula kan misi yang bernama ISTERI UNTUK ABANG,SUAMI UNTUK ADIK”
“good girl.”
“tapi,ada syarat tau!”
“apa-apa saja,abang akan turutkan.”
“bagus,syarat dia mudah je..setiap calon yang abang kemukakan wajib kena interview dengan adik dulu,boleh?”
“no hal la,dan begitu juga dengan calon abang ye?”
“ok”


“Assalamualaikum adik,selamat pagi!”
“Wassalam,selamat pagi juga. Abang Nampak ceria semacam je pagi ni,menang loteri ea?”
“ish,haram tu!”
“adik gurau la..cerita lah,apasal happy je ni,hmm?”
“adik tak ingat hari ni berapa hari bulan?”
“17 Mei 2011,kenapa?”
“hari jadi adik bila?”
“17 Mei…..astaghfirullah,adik lupa hari nih birthday adik! Hahhaha…so,mana present nya?”
“presentnya very soon..”
“maksudnya?”
“adik,dah lupa ke deal kita 5 tahun lepas?”
“hahahaha…mestilah tak lupa misi pra-matang abang tu. Adik saja je usik abang. Jadi bila nak mula operasi?”
“amboi,semangat berkobar-kobar! Bagus-bagus. Kita mulakan pagi ni jugak,ok?”
“no biggie…abang pun kena beroperasi jugak tau. Adik pun nak kahwin,hehe”
“miang! Hahaha” kepala Uqasha, diketuk perlahan oleh abangnya, Aqasha.


“Bal,aku nak minta kerjasama dan jasa baik kau boleh?” bahu Iqbal rakan karibnya ditepuk perlahan. Spontan Iqbal mendongakkan kepalanya dan tersenyum.
“haish,tak pernah-pernah CEO pagi-pagi datang lepak kat bilik aku ni. Siap minta tolong lagi,dah kenapa?” Iqbal cuba mengusik.
Aqasha tersenyum lebar mendengar sindiran halus Iqbal itu.
“eleh,ngejek lah tu. Hahaha…tak ada aku nak buat tawaran kerja untuk kau ni. Kerja dia senang je,dan aku akan bayar kau RM 5O Ribu,kau nak?”
“woo,kau nak aku bunuh orang ke yang macam drama petang-petang yang mummy kau selalu tengok tu? Sorry lah bro,walaupun kerja eksekutif kat company family kau ni gaji tak banyak,aku lebih rela makin duit yang sikit tu daripada aku makan duit haram. Minta simpang bro!”


“ish kau ni mulut macam mummy aku lah! Orang belum explain dia dah bagi berdas-das. Dengar lah dulu. Jadah apa aku nak suruh kau bunuh orang,buat dosa je. Aku nak bagi kau pahala lagi adalah.”
“eh,bukan macam tu ke? Hahha..ok lah, apanya kerja yang mulia lagi berpahala kau tu? Kalau aku mampu,aku tolong lah.”
“ha macam tu lah member.” Aqasha pamer gigi yang tersusun rapi.
Dia membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa untuk berbincang. Dia mula bercerita tentang perjanjian dia dan Uqasha,adiknya 5 tahun lalu kepada Iqbal. Iqbal tekun mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Aqasha.


“so, sekarang ni kau nak aku berhenti buat sementara waktu daripada posisi eksekutif ni dan bantu kau carikan calon untuk adik kau,macam tu?” Iqbal merumuskan.
“tepat sekali.”
“tapi,kenapa tak kau je yang carikan? Kan senang,tak perlu lah susahkan aku.”
“aku busy la Bal,sejak take over company daddy aku ni. “
“oklah aku setuju,tapi kau kena pas kan semua info pasal adik kau. Apa yang dia suka dan benci. Lelaki idaman dia mcam mana,etc.”
“ouh pasal tu semua dah ready,nah.” Aqash menyerahkan semua data yang diperlukan ke tangan Iqbal.
“gua percaya lu bro.” Iqbal mengangguk kan kepalanya. Bersedia untuk menjalankan amanah.
“so,aku gerak dulu lah ye.” Aqasha membenarkan dan tersenyum.





“Morning kak balqis!” Uqasha menyapa Balqis,kakak angkatnya merangkap sahabat baik dengan riang.
“morning sweety,awal datang? Tak ada kelas ke pagi ni?” Balqis tersenyum riang menyambut kedatangan adik kesayangannya itu ke kedai bunganya ini.
“hari ni class Sha cancel last minute. Wah,freshnya rasa bila hidu bau harum bunga kat kedai akak ni. Rasa makin happy je. Hahaha.”
“makin happy? Maknanya dari tadi mood memang happy lah? Tak mahu share dengan akak ke?”
“ala kak Balqis ni,orang datang sini memang nak story mory dengan akak lah. Hehe.”
“ok,cerita lah.”


Uqasha membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa untuk bercerita. Dia mula menceritakan tentang perjanjian dia dan Aqasha,abangnya 5 tahun lalu kepada Balqis. Balqis tekun mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Uqasha.

“so, sekarang ni Sha nak akak bantu Sha untuk cari calon isteri untuk abang Sha tu lah ye?” Balqis membuat kesimpulan.
“tepat sekali.”
“tapi,kenapa tak Sha je yang carikan? Kan senang,tak perlu lah susahkan akak.”
“Sha busy la kak,sejak masuk semester baru ni. “
“oklah akak sudi bantu Sha,tapi Sha kena past kan semua info pasal abang Sha pada akak.Apa yang dia suka dan benci. Wanita idaman dia mcam mana,etc.”
“ouh pasal tu semua dah ready,nah.” Uqasha menyerahkan semua data yang diperlukan ke tangan Balqis.
“Sha percayakan akak tau.” Balqis mengangguk kan kepalanya. Bersedia untuk menjalankan amanah.
“so,akak gerak dulu lah ye.” Uqasha membenarkan dan tersenyum.




"mummy,abang dah balik office?"
 Uqasha menyapa Puan Sri Isabella. Tangannya dilingkarkan dia atas bahu mummy.
"dah,ada dekat dalam biliknya tu." Terang Puan Sri.


“ouh,ok lah mummy adik nak jumpa abang sekejap ye. Muah!” kucupan sayang dilekatkan di pipi mummy.
“pergilah,mummy nak tengok daddy sekejap kat bilik bacaan tu. Dari tadi tak keluar-keluar.” Luah mummy dan berjalan laju menaiki anak tangga untuk ke bilik bacaan daddy di tingkat atas.


“abang,boleh adik masuk?” tanya Uqasha manja.
“dah terjengul kepala tu baru nak minta izin ya? Masuklah adikku manja."
“ala,abang ni macam tak biasa. Hehe..”
“abang tak marah pun lah. Alang-alang adik dah ada ni,abang nak cakap sikit pasal misi kita tu.”
“really? Kebetulan pulak,adik pun nak cakap benda yang sama lah dekat abang.”
“ok,adik dulu cerita.”

Uqasha membuka cerita tentang dirinya yang meminta bantuan kak Balqis untuk menjayakan misi mereka berdua. Aqasha tenang saja mendengar butir bicara adiknya sambil tersengih-sengih.

“ouh,kebetulan lagi,abang pun minta tolong kawan abang Iqbal tu benda yang sama juga. Dan abang janji nak bayar dia 50 ribu kalau dia berjaya."

“adik pun ingat nak bagi ganjaran lah kalau kak Balqis Berjaya nanti. Segan pulak kalau tak bagi,dia yang penat buat kerja kan?” luah Uqasha.
“memang patut bagi pun.” Mereka berdua tergelak.





Wednesday, 25 January 2012

K A T A - K A T A - S E M A N G A T - U N T U K - K O N G S I - B E R S A M A



1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

4. Jika anda takut pada sesuatu Masalah, lihatlah & hadapilah.

5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA...

6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

7. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

8. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

9. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

10. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

11. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati INSYAALLAH...

12. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

13. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan...

14. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan!!!

15. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

16. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

17. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

18. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan....

♥ IÑSYÅÄLLÄH ♥

【ツ】Sèñyüm
【ツ】Syükür
【ツ】Sèlålü
【ツ】Såhäbätkü

cara-cara nak kejutkan orang yang dah tidur

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur...Cara caranya ialah ~

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..

2. sentuh bahu org tidur tu dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…

3. renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…

4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…

5. tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat…

2. gigit ibu jari kaki dia cam antu toyol gigit

3. simbah air sebaldi kalau boleh air rendam baju dalam korang

4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam

5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!

6. jerit api! api! api!

7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

Tapi kalau still tak ada effect gak~

1. pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…

2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya+.+